HALWA HATI

Sunday, August 24, 2008

Tanggal 20 Ogos 2008

Setiap Orang mempunyai pengalaman buruk dalam hidup mereka. Begitu juga dengan aku..

Pagi 20 Ogos 2008 yang lepas, aku bersama 3 orang krew ADNIN MANAGEMENT & TRAINING CENTRE dalam perjalanan ke Alor Setar. Lebih kurang pukul 9 pagi kami bertolak ke Alor Setar dari perhentian R n R Bukit Gantang.. Ustaz beli banyak buah-buahan pagi tu.Ustaz kata anak-anak dia suka makan durian..

"Anak-anak saya suka makan durian ni.." kata ustaz sambil pilih durian.

Tak sampai setengah jam, kami pun bertolak ke Alor Setar.

Sarapan semua dalam kereta. Ustaz makan nasi lemak sambil pandu kereta. Agak kelakar juga. Cuba bayangkan, apa perasaan kita bila kita tengok orang lain memandu sambil makan nasi lemak? Mesti pelik bukan? Begitu juga dengan opemandu-pemandu yang berselisih jalan dengan kami..

Memang aku risau, tapi aku yakin ustaz amat cekap memandu dalam keadaan begitu. Sebelum ni pun, pelbagai aksi ketika memandu dia dah pernah buat. Yang paling lawak bila dia buat aksi memandu menggunakan kaki..

Along pula agak mengantuk pagi tu. Agak merah matanya menahan mengantuk. Along tak banyak cakap macam biasa pagi tu. Lepas makan, terus dia tidur.

Biasanya ustaz akan bawa Along bersama-sama jika perjalanan agak jauh. Senang untk bergilir-gilir dalam memandu.

Hampir ke sempadan Kedah, Ustaz pula mengantuk..Sehingga tertidur sambil memandu kereta..

Aku tak sampai hati tengok Ustaz.Mesti letih sebabnya Ustaz baru balik dari Sarawak petang 19 Ogos 2008. Balik dari Sarawak terus memandu ke Melaka dan seterusnya ke Kedah.
Akhirnya aku offerkan diri untuk memandu..

Ceritanya begini..

Kami ke Melaka untuk mengambil tempahan cenderahati yang ditempah bulan Julai lalu. Agak banyak dan bermacam-macam design..

Kebetulan, selepas mengambil tempahan tersebut, kami sampai di KL. Ustaz menyuarakan yang dia hendak ke Alor Setar. Kami terdiam pada mulanya kerana tidak menyangka Ustaz nak pergi ke Kedah terus malam tu.

Kami berehat di perhentian R n r malam 19 Ogos tersebut. Kesian kat along. Dia dah mengantuk sangat-sangat. Ustaz dah lama tidur kat seat sebelahnya..Tak ingat kat R n R yang mana..

Tepat pukul 4 pagi, Along meneruskan perjalanan. Ustaz tak juga bangun-bangun untuk solat..
Akhirnya, hampir pukul 5 pagi, ustaz bangun untuk solat jama' ta'khir isya' dan maghrib. Kami berhenti lagi di perhentian..Kemudian, kami meneruskan perjalanan lagi..

Kami mengerjakan solat subuh di perhentian R n R sebelum Bukit Gantang untuk Solat Subuh..
Sambil itu, mandi dan bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan seterusnya..

Tiba di highway nak ke Kedah, aku bertukar giliran dengan Ustaz. Aku memandu seperti biasa.
Kelajuan yang biasa aku bawak..110 km / j.. Hari agak mendung pagi tu. Lebih kurang hampir pukul 11 tengahari, hujan mula turun..makin lama makin lebat..

Hati aku mula rasa tak sedap..bimbang..sebabnya tayar kereta dah tergelincir 2 kali waktu hujan tersebut..

Nak sedapkan hati, aku bacalah selawat banyak-banyak dalam hati..takut..Ustaz dan Along tidur kat seat belakang..Hanya Yati turut berjaga sebab kesiankan aku yang memandu berseorangan..

Aku tukar laluan kami ke lorong sebelah kiri dan terus aku perlahankan kereta..takut..hujan-hujan ni kereta tak boleh bawak laju-laju..bahaya..

Pesan mak selalu menerjah ke fikiranku sepanjang pagi tu..

Tiba-tiba, di km 75.1 Pendang...

bersambung..

No comments: