HALWA HATI

Monday, July 6, 2009

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”
Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
kamu mengambil ikan itu……

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……
Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
ia mulai MENYAYANGI kamu……
kamu MENJAGA hatinya……
sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……

dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……
kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……

Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang….
TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……

Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN ….
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir
bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya

Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……
kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……

Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …

kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …
itu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah
Kan tumbuh yang hilang Kan berganti,
namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang

”"Senyum itu Sedekah"

Friday, July 3, 2009

SEJAMBAK BUNGA

Kelmarin menatap sejambak bunga
Bagaikan cambahan cinta
Berlagu irama sentimental
Mewarnai laluan hidup
Bahgia di setiap ruang
Mawar merah tanda cinta
Terikat bagai simpulan mati
Terlalu indah ciptaan ALLAH
Ku renung sedalamnya
Terhidu bau harum
Kelopak terukir indah
Ada ikatan hati di situ
Bagaikan tak bisa terpisah
Haruman ikatan dua jiwa
Tak mungkin terlerai
Hari ini tiada lagi mawar
Kelopak mulai gugur
Semuanya telah tiada
Namun aku tetap menanti
Hadirnya sejambak bunga

Wednesday, July 1, 2009

CINTA ABADI..


aku pernah menyinta
aku pernah dicinta
aku pernah bercinta

tapi cinta itu hancur ditengah jalan
kini aku membenci
kini aku dibenci
hanya kebencian dalam diri

dada ku kosong
hidup ku hambar

kini ku temui cinta lagi
cinta yang luhur
cinta yang agung
cinta yang kekal

aku dicintai lagi
aku menyinta lagi
aku bercinta lagi

cinta kepadaMu Allah
yang kekal dan agung






Hanya sekadar renungan buat kita yg bergelar INSAN..


"Senyum itu Sedekah"